Sunday, December 16, 2012

GEMBIRA DAN KAYA


Aku terjumpa satu kata-kata yang menarik,

"I am happy because I am rich" vs "I am rich because I am happy"

Mana satu pilihan anda? 

Kalau aku kaya, adakah aku happy? Memang ada orang kaya dan happy. Ramai orang kaya yang berseronok, tapi nak kata happy jauh sekali.

Apa yang pasti, orang yang happy  pasti kaya dengan kehidupan, pandangan aku sahaja.

:D

Sunday, December 9, 2012

Faham ke?

Salam,

Satu pagi, seorang suami sedang berehat-rehat di ruang tamu. Si isteri datang menghidang kopi.

"Abang, sampah semalam abang kata nak pi buang, dah buang dak lagi?"
"Belum lagi. Sat lagi abang buang."

Si isteri berlalu ke dapur dengan muka kelat.

"Ayang, tengah hari ni abang nak keluar pi mesyuarat. Baju abang yang semalam abang cakap tu, ayang dah iron?" si suami mengeloi isterinya dengan lantang sekali. takut tak dengar.

Tuesday, November 27, 2012

Siapa Lebih Baik?

Salam..

Si fulan tu teruk macam tu pun boleh naik pangkat? Tak ada orang lain ke?

Pernah tak dengar orang cakap macam ni? Sebab apa hal macam ni jadi isu?

Persoalan, siapa lebih baik? Aku atau dia? Si Fulan atau Si Fulan? Penting ke?

Ihsan: Kisah Bumi

Wednesday, November 21, 2012

Mengapa Gaduh?

Salam,

Sejak dulu hingga sekarang, bila disebut manusia ada cerita pasal bergaduh, bertelingkah, berselisih pendapat dan segala macam lagi. Bunyinya tetap sama, bergaduh, berperang.

Mengapa? Pasai apa?

Dari dulu sampai sekarang, aku asyik tengok benda sama saja dalam surat khabar dan TV. Berita gaduh ni tak abis-abis. Ada juga orang kata, kalau tak ada gaduh, tak ada cerita lah. Nampak gayanya orang ini memang suka ada gaduh, baru ada cerita.
 










Mungkin tak kalau aku kata, manusia memang suka dengan gaduh? Atau manusia mungkin suka dengan perang? Kita rasa kita tak suka, tapi pantang disentuh kita terus bersilat, bertaekwandolah, berkungfulah, macam-macam. Lepas tu jawab pula, "saya bukan nak gaduh..", tapi bahasa bukan main tajam, Kalau tak jual, orang pasti tak beli, kan?


Jadi kaya..

Salam,


Kalau aku jadi kaya, apa aku nak buat?

Sebenarnya aku pun tak tahu. Ramai orang ingin jadi kaya. Malah ramai juga yang beranggapan, jadi kaya akan memudahkan segalanya. Betul ke?

Entahlah. Macam mana nak jadi kaya? Kita pernah jumpa macam-macam iklan tentang menjadi kaya. "Menjadi jutawan dalam masa setahun.." ada. "Pendapatan melebihi 5 angka dalam masa enam bulan.." pun ada. "Pendapatan RM800 sehari.." pun ada. Pendek kata, semuanya ada. Apa yang tidak ada? 

Sunday, November 18, 2012

Kekurangan?

Salam,

Duduk sorang-sorang terfikir jugak, sampai bila kita nak rasa diri kita kekurangan?

Hiasan - fakhriakhzam.blogspot
Dalam diam, aku cuba jugak mencongak kekurangan aku. Badan masih sihat, nyawa masih ada, keluarga masih ada, makan, pakai, tempat tinggal ada, walau secara sederhana. Yang kurang, duit sajalah.

Bila aku tengok diri aku sendiri, masih lagi mampu untuk berusaha, ada yang berjaya, ada yang kurang berjaya, itu adatlah.

Jadi, yang sebenarnya, apa yang kurang lagi? Tak mampu nak mengawal diri sampai buat perkara tak bermoral? Budi bahasa hilang entah ke mana? Perangai tak abis-abis? Ada kelemahan intelek? Ada kelemahan berfikir? Ada kelemahan pengetahuan? Kalau inilah masalahnya, kita usahakan ke arah yang lebih baik.

Tak mampu nak mengawal diri, jangan libatkan diri.
Budi bahasa hilang, carilah balik.
Perangai tak abis-abis, ubah perangai.
Kelemahan intelek, pergi belajar ka, membaca ka, tambah pengetahuan.
Kelemahan berfikir, berkawanlah dengan orang yang tahu berfikir, dengarlah perbincangan yang baik. Semua ada penyelesaian.

Wednesday, November 14, 2012

Nakhoda Sebuah Kapal

Hiasan

Salam,

Ke hadapan Tuan Nakhoda yang dikasihi,

Tuan adalah seorang pemimpin yang sangat tegas. Berkat keyakinan dan kepimpinan Tuan, kapal Layar Impian ini menjadi sebuah kapal yang sentiasa dicemburui oleh kapal-kapal lain.

Sebagai seorang peminat ilmu pelayaran, saya sentiasa mengikuti perkembangan Layar Impian. Nampaknya semakin hari, nama Layar Impian semakin gah di mata masyarakat pelayaran. Keindahan kapal Tuan tidak dapat dinafikan lagi. Kecanggihan Layar Impian adalah impian seluruh masyarakat.

Monday, October 22, 2012

Asas Berfikir

Assalamualaikum...

 Asas berfikir secara umumnya sama sahaja (pandangan peribadi aku).

Berfikir selalunya berasaskan kemahuan kita. Tanpa kemahuan, kita tak akan susah payah berfikir. Nak buat apa?

Dalam sesetengah perbincangan, kemahuan dipanggil hawa nafsu. Fitrah manusia mempunyai hawa nafsu. Manusia berfikir untuk

Thursday, October 18, 2012

Berfikir - Mengapa dan Ke Mana

Assalamualaikum..

Hari ini hujan lebat mencurah-curah berselang mendung sejak pagi. Aku masih lagi tertunggu-tunggu sinar mentari.

Hujan dan panas silih berganti, musim berganti musim, malam berganti siang. Setiap sesuatu pasti berubah bentuk setiap hari.

Pernahkah kita fikir, mengapa semuanya bergerak, laju atau perlahan, tidak pernah berhenti. Sekarang kita lapar, lepas makan kita kenyang, lepas tu lapar balik. Sekarang kita segar, sekejap lagi kita mengantuk, lepas tidur segar balik. Semuanya berulang-ulang.

Wednesday, October 10, 2012

Ruang Sempadan

Ruang Sempadan

Seperti yang aku faham, Tapak Pemikiran adalah ruang sempadan pemprosesan maklumat untuk mendapatkan kesimpulan. Kesimpulan ini akan digunakan dalam melaksanakan pengaturan seterusnya memutuskan tindakan yang akan diambil berdasarkan situasi ruang dan masa.

Tuesday, October 9, 2012

TAPAK PEMIKIRAN

Assalamualaikum

Sebagai pembuka bicara ingin aku sematkan bahawa penulisan ini hanyalah pengamatan sang yang menulis sahaja.
http://www.anneahira.com/pemikiran-positif.htm

Perkongsian pendapat sangatlah dialu-alukan. Bak kata Ramli Sarip, "aku menulis bukan kerna nama, tapi kerna sifat kasih sesama insan." Ewah!

Tapak Pemikiran atau dengan kata lain, "dasar asas ruang pemprosesan yang menghasilkan kesimpulan".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...