ASAS

TAPAK PEMIKIRAN

Tapak 
- ruang bersempadan dibawah penguasaan
(apa yang difahami sang penulis)

Pemikiran 
- lontaran kesimpulan hasil maklumat yang terkumpul, pengalaman yang dilalui dan arah tuju jiwa
(apa yang difahami sang penulis)


Tapak Pemikiran adalah lontaran kesimpulan hasil maklumat yang terkumpul, pengalaman yang dilalui dan arah tuju jiwa dalam ruang bersempadan dibawah penguasaan sang pemikir.

Mengenali Tapak Pemikiran seseorang, harus untuk kita mengenali maklumat yang digunakan untuk membuat kesimpulan, pengalaman yang telah dilalui dan hala tuju jiwa sang pemikir. Pemikiran suatu yang abstrak jika kita lihat dari mata seorang seniman, tapi ianya sangat objektif jika kita lihat dari mata seorang saintis, aneh kan! Apa yang membezakan kedua-dua sudut pandang ini?

Rasanya, beza antara keduanya sangat nampak iaitu HALA TUJU. Kita sebenarnya berkongsi tapak pemikiran jika kita berHALA TUJU sama. Maklumat yang terkumpul dan pengalaman yang dilalui hanya faktor penggenap jika sang pemikir jelas dengan HALA TUJU.

Menetapkan HALA TUJU yang jitu memerlukan maklumat yang tepat dan benar melangkaui ruang dan masa. HALA TUJU yang jitu akan menguatkan jiwa kerana ia akan menanam keyakinan yang pasti tidak dapat dicapai akal dan zahir. (Keyakinan terbahagi tiga menurut AQ - secara nampak, secara ilmu, secara hak.)

 Maklumat yang terkumpul dan pengalaman yang dilalui tidak akan ke mana, jika tiada HALA TUJU yang jelas. Menetapkan HALA TUJU adalah fitrah atau tabiat manusia. Ia mesti dilakukan, jika tidak jiwa akan merasa kosong dan perasaan akan sentiasa gundah, kegembiraan seperti tiada makna, persaudaraan seperti mengambil kesempatan, hidup seperti tiada hujung.

Membincangkan tentang Tapak Pemikiran bukan tujuan utama blog ini. Dalam ruang dan masa yang terhad ini, aku hanya ingin mencadangkan buah pendapat, apa kata jika kita menetapkan hala tuju pemikiran kita seperti di bawah:

(Al-Baqarah) 2:62 -Sesungguhnya orang-orangyang beriman dan orang-orang Yahudi dan Nasrani dan Shabi'in, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian dan beramal yang shalih, maka untuk mereka adalah ganjaran di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada ketakutan atas mereka, dan tidaklah mereka akan berduka-cita.


Mengapa? Mengapa tidak? Satu-satunya sumber maklumat yang melangkaui ruang dan dan masa yang masih wujud hingga sekarang serta diakui umum hanyalah AQ. Mengapa tidak?

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...