Duduk sorang-sorang terfikir jugak, sampai bila kita nak rasa diri kita kekurangan?
Hiasan - fakhriakhzam.blogspot |
Bila aku tengok diri aku sendiri, masih lagi mampu untuk berusaha, ada yang berjaya, ada yang kurang berjaya, itu adatlah.
Jadi, yang sebenarnya, apa yang kurang lagi? Tak mampu nak mengawal diri sampai buat perkara tak bermoral? Budi bahasa hilang entah ke mana? Perangai tak abis-abis? Ada kelemahan intelek? Ada kelemahan berfikir? Ada kelemahan pengetahuan? Kalau inilah masalahnya, kita usahakan ke arah yang lebih baik.
Tak mampu nak mengawal diri, jangan libatkan diri.
Budi bahasa hilang, carilah balik.
Perangai tak abis-abis, ubah perangai.
Kelemahan intelek, pergi belajar ka, membaca ka, tambah pengetahuan.
Kelemahan berfikir, berkawanlah dengan orang yang tahu berfikir, dengarlah perbincangan yang baik. Semua ada penyelesaian.
Kita sebenarnya dah sempurna pun dengan kejadian kita. Baik semasa ada, mahupun semasa tiada. Kalau aku renung sendiri, pokok pangkalnya adalah kita.
Semasa kaya, kita, semasa miskin pun kita.
Semasa lapang pun kita, semasa sibuk pun kita.
Semasa sihat kita, semasa sakit pun kita.
Semasa muda kita, semasa tua pun kita.
Semasa hidup pun kita, mati pun kita.
Jadi, pilihan kita yang menentukan kita kurang atau lebih. Pendekatan yang kita ambil dalam menangani kehidupan kita akan menentukan kita jadi lagu mana.
Macam mana? Kita ni ada kurang lagi ka? Asyik ada masalah, alasan atas orang lain, apa yang kita pilih takkan nak letak tanggungjawab atas orang. Masa makan, sedap saja rasa, masa bayar, merungut kata mahal, tak dak sapa pun paksa kita makan. Sendiri pilih mau makan.
Masa untuk kita buat pilihan, bila lagi?
No comments:
Post a Comment