Tuesday, November 27, 2012

Siapa Lebih Baik?

Salam..

Si fulan tu teruk macam tu pun boleh naik pangkat? Tak ada orang lain ke?

Pernah tak dengar orang cakap macam ni? Sebab apa hal macam ni jadi isu?

Persoalan, siapa lebih baik? Aku atau dia? Si Fulan atau Si Fulan? Penting ke?

Ihsan: Kisah Bumi
Aku pun pelik bila ada orang fikir dia lebih baik dari orang lain. Atau pendapat dia lebih betul dari orang lain. Penting ke? Tanya aku, siapa yang buat keputusan, dia tanggung la keputusan itu. Susah ke?

Ada perkara yang lebih baik simpan sendiri dari bagitahu orang, betul? Ke tak betul? 

Kalau tak mampu nak simpan sendiri, bagitahu la pada suami/isteri sendiri atau pada ibu ayah, tu lebih berhemah. Betul? Tak betul?

Bila kita rasa kita lebih baik, apa beza dengan Iblis yang rasa dia lebih baik dari Adam? Ada beza ke?

Ada beza, Iblis tak Islam, kita Islam, betul ke?

Aku rimas bila ada orang boleh claim dia lebih baik. Tapi, dalam rimas tu, aku pun tak tau, adakah kerana aku rasa aku lebih baik atau kerana memang orang tu very annoying. Susah nak dipastikan. Kerana itu, sejak 2-3 menjak ni, bila orang cerita kat aku dia lebih baik, aku terima sajalah. Sekurang-kurangnya itu pandangan dia untuk diri dia, apa masalah aku nak mengaku, bukan sabit dengan hidup aku pun. Tak gitu?

Bila bersembang, kalau kita lebih baik, buat apa nak sembang lagi, tu apa yang aku rasa. Kalau dah bagus sangat, sendiri bikin laaaaa... buat apa nak kecoh-kecoh. Heheheh.. Kalau sendiri tak mampu bikin, buat apa nak bising-bising?

"Dak la, aku hanya bagi pendapat.." tulah alasan bila aku suruh sendiri bikin, bagi pendapat kat aku buat apa, bagi la pendapat kat orang yang sepatutnya terima pendapat tu. Mana la aku tau nak buat apa dengan pendapat hang.

Macam tu la hidup kita. Kita tidak lebih baik dari orang lain, begitu juga orang lain, tidak semestinya lebih baik dari kita juga. Jadi, yang lebih penting, kita sentiasa usahakan yang terbaik dan menjadi yang lebih baik dari sudut pandang Yang Maha Mencipta kita. Hidup kita atas tugas kita sebagai yang diciptakan, kan?

Biarlah dia rasa dia lebih baik, jangan kacau hidup aku sudah.. kacau hidup aku, sendiri bikinlah, ada aku kesah?

Segala Puji Untuk Dia....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...