Seperti yang aku faham, Tapak
Pemikiran adalah ruang sempadan pemprosesan maklumat untuk mendapatkan
kesimpulan. Kesimpulan ini akan digunakan dalam melaksanakan pengaturan
seterusnya memutuskan tindakan yang akan diambil berdasarkan situasi ruang dan
masa.
Kata kunci utama dalam Tapak
Pemikiran ialah RUANG SEMPADAN dan situasi RUANG & MASA. Ruang sempadan ini
adalah had pemikiran manusia secara vertical.
Ruang dan masa pula, pada pendapat aku adalah tindakan yang bersifat horizontal.
Saling kaitan antara pemikiran
dan masa yang membentuk kefahaman/kesimpulan.
Namun, secara zahirnya kita
mampu berfikir tentang perkara tabi’i (nature) dalam
alam, atau perkara boleh nampak. Hal yang tak boleh nampak pula, kita akan
membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan hasilan kejadian, semuanya
terdapat dalam alam natural.
Apakah ruang sempadan atau had
pemikiran manusia?
Contoh persoalan yang pernah
dibangkitkan yang menguji had pemikiran manusia –
1. Bagaimana
alam semesta terjadi?
2. Bagaimana
kejadian manusia? Bagaimana manusia mula bernafas semasa dalam kandungan?
3. Mengapa
manusia lahir ke dunia, secara kebetulan?
4. Adakah
kematian itu bermakna penghujung kehidupan?
Daripada persoalan-persoalan
ini telah timbul banyak perbincangan dan pandangan sehingga timbul satu cabang
ilmu yang dipanggil Ilmu Falsafah. Ilmu
ini banyak membincangkan tentang hal kewujudan dan mengapa terjadi itu dan ini.
Berbanding dengan Ilmu Alam atau Sains
yang membincangkan secara empirikal (boleh uji) tentang sebab dan akibat, Ilmu
Falsafah melangkaui had nampak/zahir dan nyata serta melebarkan had idea (imaginasi) yang wujud dari kesimpulan
berdasarkan pengamatan.
Pemerhatian dan pengamatan
adalah sesuatu yang patut kita lakukan demi memahami kejadian dan menggunakan
kefahaman itu untuk menyelesaikan permasalahan dan rintangan dalam menjalani
kehidupan. Kita telah lihat hasilnya pada hari ini, telefon, kereta, komputer,
elektrik dan sebagainya. Bagaimana jika kesimpulan dari pemerhatian dan
pengamatan tersebut tidak boleh diuji atau bersifat imaginasi? (sifatnya imaginasi,
bukan perkara itu imaginasi)
Walaupun secara kasarnya, aku
nampak macam had pemikiran manusia seperti tiada hujung, tapi kesimpulan yang terhasil, pada pandangan aku, tidak semestinya
benar. Pokok persoalan sebenar ialah, bagaimana
nak tentusahkan kebenaran kesimpulan yang timbul hanya daripada pengamatan dan
pemerhatian semata-mata?
Kadang-kadang, aku tak faham
sesuatu perkara dan mengapa ia berlaku tapi selepas sekian masa, tanpa aku
sedar aku boleh menerima keadaan itu dan memahaminya, cuma tak dapat nak
jelaskan. Ada sesiapa yang pernah rasa macam tu?
No comments:
Post a Comment