Salam,
Satu pagi, seorang suami sedang berehat-rehat di ruang tamu. Si isteri datang menghidang kopi.
"Abang, sampah semalam abang kata nak pi buang, dah buang dak lagi?"
"Belum lagi. Sat lagi abang buang."
Si isteri berlalu ke dapur dengan muka kelat.
"Ayang, tengah hari ni abang nak keluar pi mesyuarat. Baju abang yang semalam abang cakap tu, ayang dah iron?" si suami mengeloi isterinya dengan lantang sekali. takut tak dengar.
"Baju tu susah la nak iron. Kedut banyak sangat."
"Dah iron ke belum?"
"Susah nak iron.. faham dak?"
"Tak faham, sebab abang tanya dah iron ke belum. Bukan susah ke senang. Kalau tak iron lagi, biarlah."
Si suami menjawab dengan riak tanpa perasaan. Si isteri pula, mengembang telinga dengar ayat-ayat suaminya.
************
Susah sangat ke nak faham soalan? Sebab apa takut nak jawab? Defensif? Soalan yang mudah hanya perlu jawapan yang mudah. Kan? Itulah beza orang yang faham soalan dengan yang tak faham soalan. Faham ke?
No comments:
Post a Comment