Monday, October 22, 2012

Asas Berfikir

Assalamualaikum...

 Asas berfikir secara umumnya sama sahaja (pandangan peribadi aku).

Berfikir selalunya berasaskan kemahuan kita. Tanpa kemahuan, kita tak akan susah payah berfikir. Nak buat apa?

Dalam sesetengah perbincangan, kemahuan dipanggil hawa nafsu. Fitrah manusia mempunyai hawa nafsu. Manusia berfikir untuk
memenuhi kemahuan/hawa nafsu. Nafsu adalah keperluan manusia, seperti makan, tempat tinggal dan pakaian. Namun, nafsu harus diletak pada ruang yang betul. Ruang masa dan tempat. Nafsu yang tidak pada ruang yang betul akan menghidupkan bencana. Nafsu dalam ruang yang betul tetapi berlebihan juga akan mengundang bencana. Mengawal agar nafsu ini dalam ruang yang betul dan tidak berlebihan, Allah menganugerahkan kepada kita sifat malu.

Kemahuan

Allah mendidik kita agar kita mahu kepada syurga. Semoga dengan mahu kepada syurga, pemikiran dan tindak tanduk kita akan kita kawal sebaiknya.

Allah juga mengancam manusia dengan neraka, agar kemahuan yang tidak baik, kita akan elakkan.

Kemahuan yang paling utama adalah mahu kepada Allah dan jalanNya. Dengan menetapkan kemahuan ke HALA ini, kita akan sentiasa mengawal pemikiran kita dalam rangka yang fitrah dan patut.

Kemahuan manusia, jika diberi segunung emas sekalipun, mereka akan mintak satu gunung lagi, betul? Tu la pasal.

Berfikir berasaskan kemahuan kepada Allah dan jalanNya.

Macam mana? Aku pernah dengar kuliah pasal ni, cara yang paling mudah, BUAT YANG BAIK, tinggal yang buruk. Baik dan buruk pada sisi Allah, bukan ikut akal kita. Nak berfikir pun, fikir nak buat benda baik saja la..

OK?

Pandangan peribadi ye, bukan sisipan dari orang... kalau salah tolong tunjukkan.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...