Salam,
Kalau aku jadi kaya, apa aku nak buat?
Sebenarnya aku pun tak tahu. Ramai orang ingin jadi kaya. Malah ramai juga yang beranggapan, jadi kaya akan memudahkan segalanya. Betul ke?
Entahlah. Macam mana nak jadi kaya? Kita pernah jumpa macam-macam iklan tentang menjadi kaya. "Menjadi jutawan dalam masa setahun.." ada. "Pendapatan melebihi 5 angka dalam masa enam bulan.." pun ada. "Pendapatan RM800 sehari.." pun ada. Pendek kata, semuanya ada. Apa yang tidak ada?
Namun, semua janji-janji ini hanya datang selepas usaha tertentu dijalankan. Tidak semudah yang diiklankan. Walaupun apa yang diiklankan itu memang boleh jadi kenyataan, tetap juga memerah tenaga kudrat dan mental yang setanding dengannya. Jika semudah ABC untuk mencapainya, aku yakin, JPA akan kosong, pejabat-pejabat akan kosong, dan mungkin juga kedai-kedai akan berkurangan.
Siapa yang tidak mahu jadi kaya? Aku pernah dengar orang kata, kaya yang sebenar ialah bila kita tahu bersyukur. Aku tak faham sangat, tapi ok juga kalau nak pegang kata-kata ni. Sekadar bertanya, sebenarnya kaya tu apa? Serba cukupkah? Serba mampukah? Serba mewahkah?
Tak terjawab? Apa pun, menjadi kaya tetap satu impian, kan? Kita tak runsing lagi pasal belanja, tak runsing lagi pasal tak cukup.
Kalau aku jadi kaya, apa aku nak buat? Kaya macam mana yang aku mahu? Jom sama-sama kita tentukan, dan usahakan. Chaiyo!!!
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment