Tuesday, October 9, 2012

TAPAK PEMIKIRAN

Assalamualaikum

Sebagai pembuka bicara ingin aku sematkan bahawa penulisan ini hanyalah pengamatan sang yang menulis sahaja.
http://www.anneahira.com/pemikiran-positif.htm

Perkongsian pendapat sangatlah dialu-alukan. Bak kata Ramli Sarip, "aku menulis bukan kerna nama, tapi kerna sifat kasih sesama insan." Ewah!

Tapak Pemikiran atau dengan kata lain, "dasar asas ruang pemprosesan yang menghasilkan kesimpulan".



Aku selalu terfikir, apa yang dipanggil TAPAK? Kalau nak ikut aku sebagai penutur jati bahasa Melayu, tapak bermakna ruang sempadan untuk melaksanakan sesuatu. Dalam ruang itu, pemilik tapak mempunyai penguasaan separa atau penuh. Ada tapak rumah, ada tapak kedai, ada tapak kaki. Tapak kaki? Tapak tangan?

Tapak juga boleh jadi pegangan asas, pendirian asas atau tunggak. Itu apa yang aku faham.

Aku berharap lontaran idea di sini boleh dikembangkan lagi. Pada hari ini, aku rasa ramai di antara kita, aku terutamanya, yang memerlukan tapak asas berfikir mengikut apa yang kita panggil FITRAH.

Manusia makhluk yang unik. Tanpa sekatan dan had, kita sangat terbuai dengan kemudahan, mudah lupa kepada sakit derita, namun apabila keadaan memerlukan kita sangat proaktif. Kadang-kadang sehingga berlebih-lebihan. Kadang-kadang pertimbangan kita mendekati sifat zalim tanpa kita sedari.

Kita pernah rasa susah, pernah rasa senang. Pernah tak kita meneliti pola pemikiran kita semasa berada dalam kedua-dua keadaan ini? Ada beza? Aku juga tak dapat lari dari keadaan ini, bila susah, rasa tertekan dan rendah diri. Bila senang, rasa telah berlalu segala derita, seolah-olah takkan berulang pahit semalam. Dalam kedua-dua keadaan ini, timbul persoalan REZEKI dan SABAR, bila susah kita fikir tentang kedua-duanya, bila senang tak pula terlintas. MENGAPA?

Aku akan menulis apa saja yang aku dapati dari pengamatan, pembacaan mahupun perbincangan tentang TAPAK dan PEMIKIRAN. Aku harap kita dapat sama-sama meluah buah rasa jiwa kita.

Moh kita!!!

Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...