Hari ini hujan lebat mencurah-curah berselang mendung sejak pagi. Aku masih lagi tertunggu-tunggu sinar mentari.
Hujan dan panas silih berganti, musim berganti musim, malam berganti siang. Setiap sesuatu pasti berubah bentuk setiap hari.
Pernahkah kita fikir, mengapa semuanya bergerak, laju atau perlahan, tidak pernah berhenti. Sekarang kita lapar, lepas makan kita kenyang, lepas tu lapar balik. Sekarang kita segar, sekejap lagi kita mengantuk, lepas tidur segar balik. Semuanya berulang-ulang.
Sama juga keadaannya dengan BERFIKIR. Berulang-ulang kita berfikir. Sedar atau tidak, hampir setiap saat.
Aku, kadang-kadang terfikir jugak, mengapa manusia berfikir? Mari kita senaraikan apa yang kita tahu tentang mengapa manusia berfikir:
- untuk menyelesai masalah
- untuk mendapatkan sesuatu
- untuk menjayakan sesuatu
- untuk memudahkan sesuatu
MENGAPA BERFIKIR - untuk membuat pilihan.
Baiklah, setakat mana kita harus berfikir? Sehingga kita pasti dengan hasil akhir? Contohnya, kita fikir pasal nak beli baju. Kita bayangkan baju yang akan dibeli dan kita bayangkan bila kita pakai. Kita timbang pasal kualiti dan sebagainya. Cuma masalahnya, kita belum sampai lagi di tempat baju-baju itu dijual. Dah sampai pula, duit tak ada. Apa yang kita fikir itu bertukar menjadi angan-angan atau impian. Lebih baik tak payah fikir.
Pandangan aku, cukuplah kita berfikir dengan apa yang ada di depan mata, berbanding kita berfikir benda diluar jangkauan kita. Ada juga perkara yang bukan depan mata, tapi kita dah pernah lalui. Contoh, kalau tak berjimat awal bulan, hujung bulan tak ada duit nak makan. Fikirkanlah cara berjimat, sebab hujung bulan adalah masa yang kita lalui setiap bulan.
SETAKAT MANA KITA HARUS FIKIR - setakat pengalaman/pengetahuan kita yang datang dari pembacaan dan perbincangan yang ada kesimpulan. (pandangan aku)
Pemikiran kita, seharusnya menghasilkan keputusan yang memudahkan kita dan orang lain. Antara banyak jalan susah, pilih yang paling mudah yang tidak zalim pada diri dan orang lain. Itu sepatutnya menjadi HALA TUJU kita berfikir. Kalau kita berfikir untuk kepentingan diri sahaja, hasilnya akan kembali kepada kita, baik dan buruknya. Pertimbangan dalam menentukan pilihan harus selari dengan HALA TUJU yang sepatutnya.
Mengapa FIKIR DULU SEBELUM BUAT? Apa sahaja yang kita fikir dan diterjemahkan ke dalam tindakan, tiada lagi patah balik. Jika ia baik, GOOD IS DONE. Jika ia buruk, DAMAGE IS DONE. Apa lagi nak cakap, menangis air mata darah pun, yang jadi tetap dah jadi. Apa yang kita boleh buat hanyalah, tidak mengulanginya.
KE MANA - mengikut acuan dan hala tuju hidup kita yang tidak menzalimi diri dan orang lain.
Pandangan aku sahaja, kalau ada komen, silakan.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment