Wednesday, November 14, 2012

Nakhoda Sebuah Kapal

Hiasan

Salam,

Ke hadapan Tuan Nakhoda yang dikasihi,

Tuan adalah seorang pemimpin yang sangat tegas. Berkat keyakinan dan kepimpinan Tuan, kapal Layar Impian ini menjadi sebuah kapal yang sentiasa dicemburui oleh kapal-kapal lain.

Sebagai seorang peminat ilmu pelayaran, saya sentiasa mengikuti perkembangan Layar Impian. Nampaknya semakin hari, nama Layar Impian semakin gah di mata masyarakat pelayaran. Keindahan kapal Tuan tidak dapat dinafikan lagi. Kecanggihan Layar Impian adalah impian seluruh masyarakat.



Namun begitu, saya kehairanan. Mengapa anak-anak kapal tuan sangat biadap, besar diri dan sombong? Adakah kerana kapal yang cantik atau kerana nakhoda yang hebat? Atau mungkin kerana mereka merasakan diri mereka hebat? Atau mungkin kerana itulah budaya yang diserapkan kepada mereka? Saya betul-betul hairan.

Tuan Nakhoda,

Saya mengenali Tuan hanya dari jauh. Akan tetapi, di depan pandangan mata saya, Tuan tidak pernah bersikap sedemikian rupa. Adakah pengamatan saya salah atau anak-anak kapal Tuan memang bermasalah?

Saya mendoakan agar Layar Impian sentiasa berada pada tahapnya sekarang atau lebih baik. Saya juga berharap wawasan Tuan dapat dicapai secara gemilangnya.

Namun Tuan Nakhoda, janganlah kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit kerbau-kerbau lain, sampaikan tuan kerbau pun terpalit sama. Kejayaan Tuan adalah kejayaan semua anak kapal, manakala anak-anak kapal pula akan menjadi lambang untuk kejayaan Tuan. Semoga apa yang saya luahkan ini menjadi panduan dan pedoman untuk saya.

Yang benar,

Tali Kapal

p/s: saya sedih sebab anak kapal tuan, buang saya di tengah laut, tak sekolah punya anak kapal. * _|_ *



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...