Salam,
Sejak dulu hingga sekarang, bila disebut manusia ada cerita pasal bergaduh, bertelingkah, berselisih pendapat dan segala macam lagi. Bunyinya tetap sama, bergaduh, berperang.
Mengapa? Pasai apa?
Dari dulu sampai sekarang, aku asyik tengok benda sama saja dalam surat khabar dan TV. Berita gaduh ni tak abis-abis. Ada juga orang kata, kalau tak ada gaduh, tak ada cerita lah. Nampak gayanya orang ini memang suka ada gaduh, baru ada cerita.
Mungkin tak kalau aku kata, manusia memang suka dengan gaduh? Atau manusia mungkin suka dengan perang? Kita rasa kita tak suka, tapi pantang disentuh kita terus bersilat, bertaekwandolah, berkungfulah, macam-macam. Lepas tu jawab pula, "saya bukan nak gaduh..", tapi bahasa bukan main tajam, Kalau tak jual, orang pasti tak beli, kan?
Apa punca gaduh ni? Kalau aku nak senaraikan, banyak kot. Aku suka tengok 4 perkara yang ditawarkan oleh Abu Jahal dan konco-konconya kepada Rasulullah S.A.W. dan Baginda menolak.
- Harta
- Wanita
- Pangkat
- Kekuasaan
Bila diteliti balik, rupa-rupanya, punca gaduh ini hanya melibatkan 4 perkara ini sahaja. Cuba perhatikan, perang di Iraq, kerana harta, minyak yang berbilion dollar. Perpecahan Melayu di Malaysia kerana kuasa. Masalah berebut wanita, sering saja kita dengar, simbah asid lah, bertetak bagai. Masalah pangkat, hingga ada yang sanggup bomoh-membomoh, tu pun sering saja kita dengar.
Kalau nak jelas lagi, tengok lah drama di TV. Baik Korea, Jepun, Malaysia, China, Taiwan, USA, British, Latino, drama hanya berkisar tentang 4 perkara ini sahaja, yang berbeza hanyalah susunan plot.
Masalah gaduh timbul bila tak puas hati, dengki dan tamak. Pasai pa?
Malas aku nak fikir panjang-panjang. Moga dimudahkan urusan kita, elakkan gaduh, tapi macam biasalah, orang kalau sudi jual, kena dengan harga, aku rasa tak salah kalau aku beli, kan. Harapnya, aku beli bukan kerana marah, tetapi kerana aku perlu beli, apa jadi pun tak apa.
Boleh tak?
No comments:
Post a Comment