Salam,
Gambar cantik ini dikongsi dari Blog Anak Desa Pahang Tua |
Semua ibu dan bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak. Cita-cita telah tersemat dalam jiwa ibu dan bapa, bagaimana ingin membentuk anak-anak mereka.
Sejak dari kecil, kita dibesarkan dengan kata-kata semangat dari ibu dan ayah. "Belajar rajin-rajin, nanti besar jadi cikgu, tau.."
Dalam ruangan MOTIVASI ini (konon-kononnya), jom kita fikir-fikir, adakah anak kita menjadi alat untuk mencapai cita-cita kita?
Dulu kita ada minat, melukis contohnya. Mak pun kata, melukis ni nak sampai ke mana? Kalau tak ke mana-mana, carilah bidang yang ada banyak peluang kerja, macam jurutera ke, arkitek ke, doktor ke... kita pun patah hati dengan melukis. Itu hanyalah contoh!
Kita pernah melalui umur anak-anak kita, kita pernah rasa bagaimana minat kita terhalang dengan niat baik orang tua kita. Niat mereka hanyalah mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Salah ke? Kalau bukan kerana mereka, kita bukan kita pada hari ini.
Hari ini, kita lihat minat anak-anak kita pun macam tu juga. Kita turut mahukan yang terbaik untuk mereka. Kadang-kadang timbul dalam hati kita, alangkah baiknya kalau anak aku jadi doktor, atau jurutera, atau ahli muzik!! Ada tak?
Itu adalah cita-cita kita. Bagaimana dengan minat mereka? Adakah kita ingin menghalang kemahiran dan minat mereka hanya kerana niat kita baik? Apa yang kita boleh kawal adalah pengaruh sekeliling minat mereka, halakan minat mereka ke arah yang baik. Sering berbincang tentang perkara yang mereka minat.
Rezeki ketentuan Ilahi dan jalanNya sangat luas. Ingatlah kisah Lokman dan Al-Quran. Apa yang penting untuk anak-anak kita adalah mereka berada di jalan yang benar. Cita-cita kita hanyalah untuk memuaskan diri kita semata-mata.
Segala puji untuk Dia.....
No comments:
Post a Comment