Salam,
Kali ni aku nak bawakan satu kisah yang sangat masyhur di dalam banyak kepercayaan dan agama. Tapi, oleh kerana aku Muslim, aku bawakan kisah ini berdasarkan apa yang ditulis dalam AQ.
http://penamufakkir.blogspot.com/2011/12/bismillah.html |
Kisahnya tentang penciptaan Adam. Setelah Adam diciptakan, Allah telah mengajarkan kepada Adam apa yang dipanggil Al-Asma' atau nama-nama dan memerintahkan Adam menerangkan nama-nama tersebut kepada malaikat. (AQ: Al-Baqarah, ayat 30-33). Dalam ayat yang seterusnya (2:34), Allah memerintahkan agar para malaikat sujud (hormat) kepada Nabi Adam. Maka, para malaikat mematuhi perintah itu kecuali Iblis.
Dalam surah Al-A'raaf (7) ayat 11 dan 12, sekali lagi kisah bagaimana Allah memerintahkan malaikat sujud (hormat) kepada Adam, kali ini, diceritakan juga, bagaimana Iblis menolak perintah tersebut dengan mengatakan "...Aku lebih baik daripada Adam.." (AQ: Al-A'raaf, ayat 12).
Peristiwa Adam dan Iblis ini diakui juga oleh penganut agama samawi yang lain (ahli kita, Yahudi & Nasrani) yang berpandu kepada kitab-kitab suci mereka.
Apa yang menariknya, peristiwa ini sepatutnya memberi gambaran kepada kita bahawa mengakui kita lebih baik daripada orang lain adalah amalan orang yang bongkak dan lalai. Iblis berada dikalangan para malaikat yang taat, tetap juga dihina oleh Allah dek kerana perasaan bongkaknya. Agak-agaknya, kalau kita bongkak, di mana pula tempat kita?
Rasa tinggi diri, sombong, bongkak. eksyen, hujungnya mati jugak, ke kubur juga. Sebab apa sikap demikian timbul? Setakat mana sombong dan bongkak kita? Apakah hak kita untuk sombong dan bongkak? Kadang-kadang kita tidak menyedari perasaan ini berakar umbi dalam diri kita. Sebab itu, manusia ini diciptakan untuk hidup bermasyarakat, agar sentiasa ada saksi atas perbuatannya seharian, jika bagus, kita puji, jika tak bagus kita tegur. Jadi, akan sentiasa ada check and balance.
Pandangan aku, jika kita terasa bahawa kita ini lebih baik, sedikit sebanyak kita telah mula mengikuti langkah Iblis semasa mempertikaikan perintah Allah setelah Adam diciptakan. Jalan itu, jalan yang pasti hujungnya. Jangan!! Jangan ikut jalan itu.
Segala puji untuk Dia....
No comments:
Post a Comment