Salam,
Sejak awal Mac 2013 yang lalu, Malaysia telah dikejutkan dengan pencerobohan Sabah oleh gerombolan yang dipercayai "pemberontak Sulu".
Mereka dikatakan ingin menuntut Sabah sebagai negeri mereka yang merdeka. Pelik!
Pelbagai teori konspirasi timbul.
Apa yang paling pelik, bila ketua mereka, Jamalul Kiram, asyik berdolak-dalik dalam banyak perkara. Dia tak sayang ke nyawa anak buahnya? Kalau ini yang dikatakan perjuangan, lagi sekali pelik.
Tujuan mereka ingin membentuk negara Islam macam Brunei, agaknyalah! Tapi perlaksanaan mereka langsung tak menunjukkan kebijaksanaan kepimpinan dan pengaturan yang selayaknya bagi seorang Islam. Nyawa bukan jual beli. Pertempuran mereka bukan menentang pasukan "paintball Kg Pisang". Mereka menentang sebuah negara yang secara tertulisnya adalah BERDAULAT. Tambahan lagi, 95% askar Malaysia pun Muslim juga. Kenapa perlu berperang? Tak cukup lagi ke perang yang ada dalam dunia hari ni?
Bab ni yang susah nak fikir ni. Apa mereka mahu? Populariti? Kesian orang Sulu bila diperbudakkan sebegini rupa, diberi harapan menggunung itu dan ini, hanya kerana ketua mereka ingin berkuasa. Apa nak jadi lagi, tak tahulah.
Walau apa pun, doa kita tetap mengharapkan tiada lagi korban dikalangan saudara-saudara kita yang sedang berjuang. Kita adalah saudara, sedih sekali kita terpaksa bertembakan dengan saudara kita yang tak faham bahasa.
Segala puji untuk Dia..
No comments:
Post a Comment