Monday, June 3, 2013

S. Shamsuddin meninggal dunia - Hiburan - Sinar Harian

S. Shamsuddin meninggal dunia - Hiburan - Sinar Harian

Baru je semalam tengok Bujang Lapok, Pak Sudin buat kuntau.. innalillah..

Pendekar Bujang Lapok

Tuesday, May 28, 2013

Tulis je..

Salam,

Hari ni dah sampai masa aku tengok balik tajuk-tajuk yang pernah diposkan di sini, Berfikir di Serambi (BDS). Sejak Oktober tahun lepas sampai la pos yang terakhir, Hari Buruh tempoh hari, ada 14 post.

tulis je...
Aku terfikir, sebab apa aku letak nama blog ni Berfikir di Serambi ye? Baru lapan bulan, aku dah ingat-ingat lupa.

Tujuan utama blog ni adalah untuk menulis apa saja yang aku termenungkan, apa saja yang aku teringat nak tulis. Tapi setiap kali nak tulis, masa tu lah tak dak idea. Masa drive ka, masa minum kopi ka, banyak pulak idea.

Mungkin sebab rumah aku tak de serambi, tu sebab susah nak berfikir, kot...

Apa pun, sebagai memenuhi minat dan hobi, aku tulis jugak ler apa yang terlintas. Penulisan tak sebaik mana, cukuplah sekadar memenuhi ruang masa. Jikalau ada manfaat, baguslah, sekurang-kurangnya ia memberi manfaat kat aku.

Itu saja idea yang aku ada hari ni. Esok aku cuba termenung lagi. :D

Alhamdulillah.


 
 

Thursday, May 16, 2013

Adam dan Iblis

Salam,

Kali ni aku nak bawakan satu kisah yang sangat masyhur  di dalam banyak kepercayaan dan agama. Tapi, oleh kerana aku Muslim, aku bawakan kisah ini berdasarkan apa yang ditulis dalam AQ.

http://penamufakkir.blogspot.com/2011/12/bismillah.html
Kisahnya tentang penciptaan Adam. Setelah Adam diciptakan, Allah telah mengajarkan kepada Adam apa yang dipanggil Al-Asma' atau nama-nama dan memerintahkan Adam menerangkan nama-nama tersebut kepada malaikat. (AQ: Al-Baqarah, ayat 30-33). Dalam ayat yang seterusnya (2:34), Allah memerintahkan agar para malaikat sujud (hormat) kepada Nabi Adam. Maka, para malaikat mematuhi perintah itu kecuali Iblis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...